online counter

Isnin, 13 Disember 2010

Tahniah Kepada Datuk Mohd Azizan Che Omar & Persatuan Belia (MBFM) Felda Sebertak Bera.




Tahniah diucapkan kepada Persatuan Belia (MBFM) Felda Sebertak diatas kejayaan pada IKTIRAF bagi tahun 2010 yang mewakili Daerah Bera dan Wilayah Mempaga.





Begitu juga kepada Datuk Mohd Azizan Che Omar yang juga Pengerusi Persatuan Belia (MBFM) Felda Sebertak. Segulung TAHNIAH diucapkan kepada beliau diatas kejayaan..

Usah gadai masa depan negara kepada pembangkang – Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara ini.


Justeru, beliau berkata rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.


"Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di Pekan Sabtu.


Najib berkata kepimpinan BN yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan, telah berjaya membawa negara mencapai kemerdekaan dan mengisi perjuangan kemederkaan selama lebih 50 tahun dan akan terus memacu negara ini menjadi sebuah negara maju.


"Janganlah mengambil risiko (menyokong pembangkang) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka," katanya.


Najib berkata sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat.


Katanya kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.


Beliau turut berikrar akan melaksanakan pentadbirannya dengan seadil-adilnya untuk kepentingan semua kaum di negara ini.


"Saya akan pegang kepada semangat 1Malaysia, dahulukan kepentingan rakyat, Insya-Allah rakyat akan mendapat manfaat besar di bawah kepimpinan Barisan Nasional,"

Golongan dakwa Felda bankrap pengkhianat bangsa - Najib




Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap, sebagai pengkhianat bangsa, kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Perdana Menteri menjelaskan Felda sebenarnya merupakan sebuah institusi yang berjaya dan telah mengubah lanskap sosio-ekonomi negara selain mempunyai simpanan tunai yang banyak.

"Dua tiga hari lepas, saya bermesyuarat dengan pengurusan Felda, saya tengok akaun Felda. Kalau semua saham milik Felda yang tersenarai dalam Bursa Malaysia hari ini, kita cairkan, keuntungan atau pendapatan yang boleh Felda peroleh adalah sebanyak RM4.3 bilion.

"Siapa kata Felda bankrap...mana ada? Pengurusan Felda kata, jangan sebut tetapi banyak wang tunai kita ada dalam simpanan...(dan) selamat," katanya ketika merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di sini, Ahad.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

Bernama melaporkan Najib berkata pihak yang mendakwa Felda bankrap sebenarnya telah membuat pembohongan kedua terbesar selepas kononnya akan mengambilalih pentadbiran kerajaan di Putrajaya pada 16 Sept 2008.

Sebab itu, Perdana Menteri berkata adalah wajib bagi rakyat termasuk warga Felda untuk mempertahankan kerajaan sedia ada di Putrajaya.

Sambil menyifatkan golongan berkenaan tidak berhati perut kerana sanggup menghina dan mencemar imej Felda, Najib berkata pihak terbabit kini takut "menyerang" Felda kerana kebenaran telah terbukti bahawa apa yang mereka dakwa tidak betul.

"Sebab itu orang yang dakwa Felda bankrap hari ini dah ketaq (ketar) lutut. Kita dah menang dua kes (saman) di mahkamah dan empat lagi kes sedang tunggu.

"Kita berada di pihak yang benar. Hari ini mereka tidak berani berkokok lagi. Kita cabar, kalau mereka berkokok, kita saman," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata dengan peluang dan rancangan jangka panjang yang dilaksanakan Felda di 317 tanah rancangannya di seluruh negara, telah membawa banyak perubahan atau transformasi kepada komuniti Felda itu sendiri.

Sebagai contoh, beliau berkata seramai 36 anak peneroka Felda yang diberi peluang untuk mendapat kelulusan dalam jurusan "License Aircraft Maintenance" (penyelenggaraan pesawat berlesen) akan menjadi kumpulan pertama, diiktiraf sebagai jurutera dalam bidang tersebut tahun depan.

Justeru, beliau berkata tiada sesiapa pun yang boleh menafikan bahawa komuniti Felda kini merupakan contoh masyarakat luar bandar yang berjaya di negara ini.

Beliau juga berkata antara kejayaan paling berkesan oleh Felda di peringkat global ialah dalam membanteras masalah kemiskinan.

"Ini semua adalah bukti bahawa perjuangan kita merupakan perjuangan yang dapat membawa manfaat kepada komuniti Felda. Saya dimaklumkan dua juta rakyat mendapat manfaat secara langsung dan tidak langsung dengan kejayaan Felda," katanya.

Malah, beliau berkata kejayaan dan perubahan itu bukan sahaja dinikmati masyarakat Felda tetapi komuniti di sekeliling tanah rancangan institusi berkenaan.

"Ini bererti bahawa kejayaan Felda bukan untuk komuniti Felda sahaja tetapi untuk seluruh negara. Sebab itu Felda perlu kita pertahankan daripada diserang oleh sesiapa yang berniat buruk dan tiada hati perut," katanya.

Beliau juga percaya dengan kejayaan yang dicapai oleh Felda, warga institusi itu boleh menjadi komuniti yang akan mencapai masyarakat berpendapatan tinggi lebih awal daripada rakyat lain di negara ini, iaitu sebelum 2020.

Bagi menghargai peranan peneroka Felda, Najib mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta bagi melaksanakan lima program di tanah rancangan tersebut, yang masing-masing membabitkan peruntukan RM1 juta.

Perdana Menteri berkata peruntukan itu melibatkan Program Memerangi Dadah dan Gejala Sosial; Program Pembangunan Belia, Kebudayaan dan Sukan; Program Komuniti Berpagar; Pengurusan Majlis Belia Felda Kebangsaan, Wilayah dan Rancangan serta Program Sahsiah Komuniti Belia.

Beliau turut mengumumkan bahawa Felda bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM25 juta bagi pembinaan gelanggang futsal terbuka di tanah-tanah rancangannya.

Najib berkata kos pembinaan gelanggang tersebut yang melibatkan RM100,000 sebuah, dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2012.

-Agendadaily

Rabu, 8 Disember 2010

Calon tidak semestinya berjawatan tinggi dalam parti – Khairy

Calon yang akan dicadang Pergerakan Pemuda Umno pada pilihan raya umum akan datang adalah daripada kalangan mereka berkemahiran tinggi dan disenangi, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.



Beliau berkata mereka juga tidak semestinya berjawatan tinggi tetapi harus tahu tanggung jawab sebagai wakil rakyat.



"Saya tidak lihat kepada aspek yang hanya tahu mengampu Khairy Jamaluddin sahaja, lihat dari pelbagai aspek dan yang penting calon yang bakal dipilih itu disenangi rakyat.



"Selain itu calon itu juga harus tahu mengaplikasi laman-laman sosial seperti Facebook kerana di situlah caranya untuk kita meraih sokongan dari golongan muda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Berkhatan Perdana Parlimen Bukit Gelugor, di Pulau Pinang Selasa.



Bernama melaporkan beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa satu mekanisme khusus akan diwujudkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan pemilihan yang dibuat oleh parti komponen atau presiden sebelum ini.



Mengulas perkembangan lain, Khairy yang Ketua Pemuda BN berkata sayap itu akan meneruskan program khidmat sosial yang dilaksanakan sekarang bagi mendekati rakyat, sesuai dengan aspirasi "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".



"Kami tidak mahu sekadar beretorik, membuat kenyataan media dalam isu-isu politik, lebih baik memberi tumpuan dan fokus kepada khidmat masyarakat sekurang-kurangnya kami berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka.



"Rakyat mahu pemimpin yang boleh menyelesaikan masalah dan prihatin dengan kesulitan yang dihadapi bukan hanya berjanji kosong," katanya.



Pada majlis hari ini yang dianjurkan Pemuda Umno Bukit Gelugor, Umno Cawangan Taman Tun dan Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor, seramai 101 kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun menyertainya.

Agendadaily

Isnin, 6 Disember 2010

Amanat PM di Konvensyen BN...buang segera empat sifat




Ketika pembangkang mulai sibuk kononnya pilihan raya umum ke 13 mungkin diadakan tahun depan, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu komponen Barisan Nasional (BN) mempertahankan Putrajaya walau apa pun terjadi.

Bagi Perdana Menteri, tindakan itu bukan kerana ego atau kepentingan diri yang sempit tetapi demi kepentingan rakyat negara ini seluruhnya.

Beliau tidak mahu pihak yang hanya memperdagangkan mimpi menganggu gugat keamanan dan kestabilan negara dengan tipu daya bagi mencapai impian mereka.

“Jangan sekali-kali biarkan apa yang telah kita bina dan bangunkan selama ini diruntuhkan oleh puak-puak yang hanya ingin memenuhi nafsu serakah dan tamakkan kuasa semata-mata,” ujarnya.

Najib yang juga Pengerusi BN mengingatkan demikian ketika menyampaikan ucaptama di Konvensyen BN yang dihadiri pemimpin-pemimpin utama 13 parti komponen di Wisma MCA, Jalan Ampang, pagi Ahad.

Beliau turut mengulangi empat penyakit lazim sering melanda parti-parti yang sudah lama berkuasa iaitu khayalan, kelupaan, kejumudan serta keangkuhan.

“Sesungguhnya, semua penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkab rakyat benci dan merasa menyampah,”.

“Oleh itu tidak dapat tidak, empat gejala ini perlu dielak, dibuang jauh dan dikikis sebelum rasa sayang berubah benci, harapan jadi kemarahan dan sokongan jadi penentangan,” katanya.

Katanya, untuk bangun semula, BN mestilah cari formula pemulihan dan melaksanakan pelan tersebut secara konsisten bagi mendapat kemenangan besar yang didam-idamkan.

Najib turut menyelar pembangkang yang meniru BN dari segi kerjasama sedangkan sejarah menunjukkan percubaan pembangkang hendak bersatu tidak mungkin berkekalan kerana masing-masing bersikap talam dua



“Simpulan bahasa menyebut mereka ini telunjuk sahaja lurus tetapi kelingking berkait,” tegasnya.

Menurut Najib, PKR baru-baru ini menjadi begitu terdesak untuk raih simpati rakyat hingga Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap anugerah Tuhan untuk pimpin Malaysia.

“Namun , rakyat Malaysia ingin bertanya, atas nas atau hadis mana pendapat itu dibuat...adakah ini itjihad baru atau lebih tepat sebenarnnya satu ajaran songsang,” kata beliau.

DAP pula kata Perdana Menteri adalah parti Anak Beranak Sendirian Berhad.

“Sebabnya, setiausaha agung lebih berkuasa daripada pengerusi. Mereka ini juga tidak henti-henti berkokok dan menjerit mendakwa parti mereka adalah berbentuk pelbagai kaum” sindirnya.

Najib turut pelik dengan PAS yang kononnya mendokong perjuangan Islam tetapi bekerjasama dengan pembohong besar, pemalsu dokumen, petualang bangsa dan pengkhianat negara.

Katannya, rakyat mesti sedar dan faham bahawa parti-parti lawan ini mempunyai maksud yang tidak ikhlas, sangat opoturnis dan penuh hipokrasi bahkan satu dunia tahun angan-angan 16 September jadi satu pembohongan terbesar sejarah politik tanah air.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat jangan terpukau helah pembangkang yang penuh tipu daya dan jangan sesekali menumpang atau menaiki sampan bocor dan rosak yang makin hanyut dilanda badai.

“Berhati-hati kepimpinan pembangkang yang berjuang wakili kepentingan tertentu, kejar kuasa untuk selesaikan masalah peribadi serta memperdayakan rakyat,” jelasnya.

Konvensyen BN akan membincangkan 7 agenda penting berkaitan hala tuju parti dan relevan di hati rakyat,

-Agendadaily

Sengaja nak buat kecoh…




Sudah lama kita tidak dengar anggota polis yang menjalankan tugas dimaki hamun dengan perkataan seperti anjing UMNO, babi, anak haram dan segala macam penghinaan lain.

Ada juga yang bertindak ganas membaling batu dan botol air mineral.

Inilah yang mewarnai perhimpunan haram kumpulan baju merah diketuai oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang merancang untuk berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum bantahan kenaikan tariff air Selangor.




Perhimpunan kira-kira 4,000 yang bermula jam 11.30 pagi di sekitar Masjid Negara itu boleh beres dengan aman tanpa sebarang insiden jika mereka mematuhi arahan polis bersurai.

Malah telah polis mengiringi Khalid bersama 10 delegasi ke Istana Negara untuk menyampaikan memorandum berkenaan pada jam 2.20 petang.

Namun seperti sudah menjadi tabiat sengaja mau bikin kecoh... mereka melakukan berbagai aksi provokasi serta berdegil hendak berarak ke Istana negara.





Dalam usaha untuk mengawal keadaan polis terpaksa bertindak menembak gas pemedi mata manakala trak water canon telah menyembur air untuk menyurai mereka

Ketegangan berterusan pada jam 3 petang hingga polis terpaksa mengempur untuk memberkas mereka yang terus berdegil itu.

Seramai 48 orang diberkas.Semua mereka bagaimana pun dibebaskan setelah keterangan diambil.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah kesal dengan sikap mereka yang menyertai perhimpunan baju merah itu kerana persetujuan dicapai bahawa polis akan mengiringi Khalid untuk menyerahkan memorandum kepada Istana Negara.



Beliau memberitahu sebelum ini pada jam 10.20 pagi polis telah menghubungi Menteri Besar Selangor itu.

“Pihak polis sudah maklumkan tidak akan membenarkan perhimpunan dan perarakan ke Istana Negara kerana boleh menjejaskan ketenteraman awam. Kami boleh membantu mengiringi penganjur iaitu Abdul Khalid untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara,’katanya.

Setelah tindakan tegas polis,sekitar jam 3.40 petang keadaan baru reda sedikit.Mereka yang menyertai perhimpunan kemudiannya bersurai secara beransur-ansur.

Penganjurnya asalnya gembar gembur perhimpunan berkenaan akan disertai oleh 100,000 orang.Namun kehadiran peserta nyata jauh sekali dari angka berkenaan.

Nampak sangat macam memorandum itu sengaja dijadikan alasan untuk berhimpun ,berarak dan buat kecoh.

Jika memorandum itu yang diutamakan...mereka sepatutnya sudah bersurai bila Khalid serahkannya pada pegawai Istananya.


-Agendadaily

Saiful Bakhari Bersumpah Di Mekah Beliau diliwat Anuar Ibrahim


Masih ingat Muhabalah atau sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilakukan pembantu Ketua Pembangkang itu di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008?.


Ekoran itu pelbagai tohmahan serta tuduhan dilemparkan sesetengah pihak malah juak-juak penyokong Anwar menuduh Mohd Saiful berbuat demikian kerana agenda politik yang bertujuan menjatuhkan bekas timbalan perdana menteri itu.


Tambahan pula angkat sumpah itu berlangsung sehari sebelum Anwar umum diri bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.


Malah pemimpin PAS yang sudah bersekongkol dengan dalam pakatan rakyat turut mempertikai kaedah sumpah laknat yang dilakukan Mohd Saiful.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi macam-macam alasan termasuk kaedah sumpah Mohd Saiful memegang al-Quran juga tidak tepat, bahkan Mohd Saiful dianggap bodoh berbuat demikian.
Hadi yang membuat dakwaan itu turut menghina pegawai agama yang terbabit dalam sumpah laknat itu.


“Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 sebelum ini.


Ada menganggap kes itu menyamai zina dan perlu diadili di Mahkamah Syariah.
Kerana kes itu juga, pegawai Masjid Wilayah Ramlang Porigi diusung PKR berkempen ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan kenyataan beliau hanya diarah hadir ke majlis itu bagi menyempurnakan angkat sumpah Mohd Saiful di hadapannya.


Justeru itu semakin ramai terutama mereka yang taksub kepada Anwar tidak mempercayai kebenaran sumpah laknat Mohd Saiful.


Peliknya, sehingga ke hari ini Anwar masih tidak berani melakukan tindakan serupa sebaliknya membawa kes itu ke Mahkamah Syariah supaya Mohd Saiful dikenakan Hukum Qazaf kerana membuat dakwaan di liwat tanpa bukti dan saksi menurut Islam.
Cerita ini sengaja Agendadaily timbulkan semula selepas mendengar Mohd Saiful ada mengaku kejadian tersebut memang menimpannya.


Lebih menarik pengakuan itu dibuat di Mekah, ketika beliau menunaikan haji ke tanah suci baru-baru ini. Mohd Saiful dijangka pulang ke negara dalam masa beberapa hari ini.
Menurut maklumat diperolehi, Mohd Saiful kebetulan bergerak bersama-sama rombongan jemaah dari Johor.


Sudah tentu ada antara mereka mengenali beliau selepas pengakuan itu tambahan pula kes dakwaan liwat terhadap Anwar di mahkamah belum berakhir.


Barangkali kerana ragu dengan pelbagai cerita pasal sumpah laknat dan dakwaan liwat itu, ada antara mereka memberanikan diri bertanya kebenaran perkara itu.


Mohd Saiful dalam menjawab persoalan itu, mengakui semua yang menimpa dirinya itu memang benar.


Cerita jemaah Johor ini diberitahu kepada Agendadaily oleh timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Fuad Zakarsi yang turut mengerjakan haji baru-baru ini.


Bagi sesetengah pihak pengakuan Mohd Saiful ini bukanlah benda pelik atau sesuatu yang baru tetapi ambil kira pengakuannya di Tanah Suci Mekah dan tambahan pula beliau sedang mengerjakan rukun Islam ke lima itu, maka mustahil segala yang menimpa dirinya adalah rekaan atau dibayar pihak tertentu dalam apa dikatakan agenda untuk menjatuhkan Anwar.
Ramai umat Islam percaya, mereka yang menunaikan haji atau berada di Tanah Suci tidak boleh berkata sembarangan apatah lagi bercakap bohong.

-Agendadaily

Ahad, 31 Oktober 2010



Abdul Aziz Yusoff, 47, Setiausaha UMNO Gua Musang

Profil Calon Barisan Nasional

Nama: Abdul Aziz Yusoff
Tarikh Lahir: 16 Jun 1961
Asal: Kampung Bertam Baru, Gua Musang
Warganegara: Malaysia
Status: Berkahwin mempunyai empat anak, tiga perempuan dan seorang lelaki
Kerjaya:
Pengurus Pejabat Operasi Kesedar: 2010 - kini (RPT Sungai Terah)
Pengurus Pejabat Operasi Kesedar: 1983 - 2009 (RPT Limau Kasturi)
Penyelia Rancangan Tanah Kesedar: 1980 - 1983
Jabatan Perangkaan: 1979 - 1980 Pendidikan:
i) Sekolah Kebangsaan Bertam, Gua Musang, Kelantan
ii) Sekolah Menengah Jerantut, Pahang Darul Makmur
iii) Sekolah Menengah Teknik Kuantan

Kelulusan: Sijil Pelajaran Malaysia

Jawatan Dalam Parti:
i) Setiausaha UMNO Bahagian: 2009 - kini
ii) Bendahari UMNO Bahagian: 2003 - 2009
iii) Naib Ketua Pemuda Bahagian: 1995 - 2005
iv) Ketua Cawangan RPT Limau Kasturi: 1982 - kini

Pertubuhan Bukan Kerajaan:
i) Yang Dipertua PIBG SK Limau Kasturi: 1990 - kini
ii) Timbalan Pengerusi Majlis Pemuafakatan: 2005 - kini
iii) ALP Lembaga Pelawat Hospital Gua Musang: 2007 - kini
iv) Bekas Pengerusi GB4B Kawasan Gua Musang: 2006 - 2008

Anugerah:
i) Pingat A.K. (Ahli Kelantan)
ii) Pingat S.M.K (Seri Mahkota Kelantan)
iii) Pingat P.P.N. (Pingat Pangkuan Negara)

* Inilah calon UMNO dari BN yang akan bertanding di DUN Galas menentang calon PAS Dr Zulkefli Mohamad. Walaupun beliau hanya berkelulusan SPM, tetapi ini bukan bermakna beliau tidak mampu untuk berhidmat di DUN Galas. Kelulusan akademik semata2 tidak menjamin boleh memberi khidmat yang terbaik pada masyarakat. Kewibawaan adalah syarat utama untuk menjadi seorang wakil rakyat. Keputusan BN untuk meletakan beliau bukan dibuat secara membuta tuli tanpa perundingan di semua peringkat kepimpinan UMNO & BN. Pelbagai peringkat tapisan dan mempunyai alasan, pendekatan dan strategi tertentu apabila memutuskan memilih beliau sebagai "hulubalang"nya di Galas.

Jumaat, 15 Oktober 2010

Bajet 2011


Pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak

Tema: Transformasi Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi

• Pembukaan bajet strategi pertama adalah mendaya kembali pelaburan swasta.

• Fokus pada pembangunan strategik berimpak tinggi, Projek MRT dengan kos pelaburan swasta kira-kira 40 billion yang
dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020, pembangunan tanah lembaga getah Malaysia, dan pembinaan menara 100
tingkat yang tertinggi di Malaysia.

• Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan.

• Yayasan Amanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz satu billion ringgit dan
patuh syariah.

• Dana pencen swasta: pelepasan cukai pendapatan sehingga 6 ribu ringgit sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP.

• 857 juta ringgit disediakan untuk syarikat yang melabur dalam aktiviti E&E terumata di Pulau Pinang & Kulim High-Tech Park di
Kedah.

• 146 juta ringgit di peruntukkan untuk industri minyak, gas, dan tenaga yang merupakan antara penyumbang utama kepada
pendapatan ekonomi negara.

• Dalam menyuburkan sektor pertanian, kerajaan memperuntukkan 3.8 billion ringgit bagi tahun 2011.

• Merancakkan industri pelancongan: antaranya 85 juta ringgit untuk pembinaan hotel & resort peranginan di kawasan
pedalaman yang berpotensi. 50 juta untuk membina laluan pejalan kaki di kawasan lingkaran KLCC ke Bukit Bintang.

• Meningkatkan potensi industri teknologi maklumat dan ICT: 1119 Juta ringgit di peruntukkan untuk program MY Creative
Content, melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama 2 tahun.

• Telifon bimbit biasa dikenakan cukai 10 peratus manakala telifon bimbit yang mempunyai aplikasi seperti internet atau PDA,
dikecualikan cukai jualan. bagi tujuan penyelarasan, cukai jualan dikecualikan ke atas semua jenis telefon bimbit.

• 91 juta ringgit untuk pembangunan modal insan dalam industri perkhidmatan penyelenggaraan, baik pulih, dan rombak & rawat
atau MRO, program latihan kejuruteraan aerospace dan aeronautical.

• Pembangunan koridor dan wilayah dengan bajet 850 juta ringgit.

• 229 juta untuk projek Iskandar Malaysia – untuk membina jalan, kawasan perumahan, menyediakan & memperbaiki
perkhidmatan pengakutan awam

• Projek yang di jangka siap dalam tahun 2011 adalan Newcastle University Medicine Malaysia, Chelsea Factory Outlet, serta
Legoland dan Marlbrough College pada tahun 2012.

• Industri Kreatif: 200 juta ringgit di sediakan untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama & dokumentri keluaran tempatan

• Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran berbayar

• Memperkukuhkan kedudukan kewangan negara dengan memantapkan kutipan hasil dan memastikan perbelanjaan secara
berhemat. Ini termasuk menekankan nilai value-for-money dan value management.

• 29.3 billion ringgit untuk kementerian pembelajaran, 10.2 billion ringgit untuk kementerian pengajaran tinggi dan 627 juta ringgit
untuk kementerian Sumber Manusia – khas untuk pembangunan modal insan

• Menubuhkan Talent Corp di bawah jabatan Perdana Menteri pada awal tahun 2011 untuk menambah bilangan tenaga kerja
yang berbakat dan berkualiti

• 6.4 billion untuk menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profession guru. 213 juta
ringgit lagi di bajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi.

• 111 juta untuk projek PERMATA

• 250 juta ringgit untuk sekolah bantuan modal agama, sekolah jenis kebangsaan cina, sekolan kebangsaan tamil, sekolah
bantuan modal mubaligh, sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

• Kerajaan setuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan
peruntukan 95 juta ringgit

• Biasiswa kepeada guru serta tenaga pengajar yang ingin melanjutkan pelajaran 576 juta ringgit

• 213 juta ringgit di peruntukan abgi mengangkat tinggi penguasaan bahasa malaysia, bahasa inggeris & memperkemas
kukurikulim.

• Memperkasa Pengajian Tinggi: Menambah peratusan akademik berkelulusan PHD denagn peruntukan 20 juta ringgit.

• Menambah baik IPTA & pensyarah boleh di pertimbangkan kenaikkan pangkat ke pringkat tertinggi gred turus.

• 60 juta ringgit bagi mempergiatkan lagi Program Industrial Skill Enhancement Programme di pusat latihan negeri.

• 220 juta untuk siswazah jurusan lain dan 50 juta ringgit untuk Multimedia Development Corporation untuk melatih graduan
dalam bidang ICT.

• 474 juta ringgit untuk golongan bukan siswazah

• Program Latihan 1 Malaysia sebanyak 500 juta ringgit khas untuk menambah ilmu pengetahuan melalui penigkatan kemahiran
& mempelajari kemahiran baru.

• Meningkatkan produktiviti pekerja

• Kadar dan mekanisme penetapan gaji minimum: 500 hingga 700 ringgit sebulan. Dengan kenaikkan ini, pendapatan
keseluruhan pengawal keselamatan termasuk elaun adalah seribu ringgit sebulan berkuata kuasa 2011

• Memperluas penglibatan wanita dalam ekonomi – 30 juta ringgit untuk program inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan
mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita sempena hari wanita 2011

• Kerajaan memberi fleksibiliti untuk tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini

• Pembangunan sukan negara: 356 Juta Ringgit unruk pengurusan aktiviti sukan

• Menubuhkan Akademi Bola Sepak di Pahang dengan peruntukan 20 Juta ringgit

• Bagi tahun 2011 kerajaan memperuntukkan 1.2 billion ringgit kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga &
masyarakat untuk menjalankan program berbentuk kebajikan & kemasyarakatan

• Meningkatkan pemilikan rumah – 568 juta ringgit disediakan bagi membina 300 unit kediaman di bawah projek bantuan
perumahan bandar, 79 ribu unit di bawah program perumahan rakyat dan 8 ribu unit di bawah projek bantuan sewa.

• 50 juta bagi membantu golongan pekerja estet yang akan dikendalikan oleh bank Simpanan Nasional.

• Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak
10 peratus bagi harga di bawah 220 ribu ringgit (khas untuk pendapatan 3 ribu ringgit sebulan dan terutama untuk golongan
muda)

• Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar – 6.9 biliion ringgit untuk perlaksanaan infrastuktur asas seperti bekalan air,
elektrik & jalan luar bandar.

• Meringankan Beban Hidup Rakyat: 947 juta ringgit sebagai subsidi harga padi, baja, benih padi, serta 230 juta ringgit untuk
insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi

• Kerajaan juga akan menyediakan sejumlah 170 juta ringgit bagi insentif hasil tangkapan ikan nelayan serta pemilik bot untuk
meningkatkan hasil tangkapan

• 200 juta untuk program pengedaran barang perlu seperti beras, minyak masak, gula, tepug terutama di Sabah & Sarawak

• 500 juta ringgit unruk membantu kontraktor kelas F di seluruh negara

• Menaikkan elaun bulanan Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Persekutuan, Tok Batin,
Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada 800 ringgit sebulan

• Elaun imam naik 450 ringgit kepada 750 ringgit sebulan.

• Guru KAFA dinaikkan ke 800 ringgit sebulan berbanding 500 ringgit

• Pembangunan orang asli & pribumi – peruntukkan 100 juta ringgit terutama untuk menyelesaikan isu pegangan hak milik tanah
& pembangunan penempatan orang asli.

• Mengurangkan kos pengangkutan: harga tol PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang
bermula serta merta

• 15.2 billion ringgit di peruntukkan untuk membina hospital baru, menambah bilangan doktor & jururawat serta mendapat
bekalan ubat dan peralatan perubatan

• Membanteras jenayah & Menjamin Keselamatan: 350 juta ringgit untuk program membanteras jenayah & untuk skim rondaan
sukarela terutama di kawasan berisiko tinggi.

• Memperkasa Peranan Badan Bukan Kerajaan: 70 juta ringgit bagi program yang melibatkan NGO terpilih yang turut membantu
mengurangkan kes kes rempit, pembuangan bayi, mat rempit dan gangsterisme

• 1.9 billion untuk pemuliharaan alam sekitar

• Memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam dengan mempermudah berurusan dengan agensi kerajaan

• Menghargai sumbangan penjawat awam: 500 ringgit untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah

• Menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada 3 ribu ringgit

• Penjawat awam – dibenarkan membeli hartanah daripada ibu, bapa, anak & adik beradik

• Cadangan 212 billion untuk RMK-10, NKRA dan NKEA

• Bajet kali ini merupakan bajet ke -53 pasca merdeka yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Melalui 53 bajet, 10 RMK, 3
Rangka Rancangan Jangka Panjang & 1 Misi Nasional, Bajet 2011 menjadi binkisan penting serta langkah pertama dalam
menempatkan Malaysia di ambang status negara maju berpendapatan tinggi.

Jumaat, 20 Ogos 2010

"11 Amalan Yang Terbalik"

"11 AMALAN YANG TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh
Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut
dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah
sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan
seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di
mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk
keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam
berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak
dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau
ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya
kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke
kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi
makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas
dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid,
pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu
perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan
nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,
sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat
malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah
seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri
pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat
kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM200.00 tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulanpun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang,
mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi
peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak
ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia be gin i,
rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak,
bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk
gossip2 artis kepada kawan2.Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak
benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain.Tapi kenapa susah sangat nak
forward emel2 peringatan sebe gin i kepada kawan2 kita??.....
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima
hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita
menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Mudah-mudahan ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua insyaallah Wassalam.

Isnin, 2 Ogos 2010

Kenyataan akhbar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


Pada mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) pada hari ini, kami telah membuat beberapa ketetapan sepertimana berikut:

1) Pemuda UMNO menyambut baik keputusan Kerajaan membenarkan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 untuk aktif di dalam parti politik. Namun Pemuda UMNO berpendapat janganlah sampai pemahaman politik guru-guru ini di bawa masuk ke bilik darjah. Walaupun mereka kini dibenarkan aktif dalam politik, tahap profesionalisme mesti sentiasa dijaga dan ditingkatkan.

Pada masa yang sama Pemuda UMNO berharap agar keputusan ini diperluaskan bagi merangkumi golongan mahasiswa dan pensyarah di institusi-institusi pengajian tinggi.

Kami berpendapat bahawa sudah tiba masanya golongan mahasiswa dibenarkan terlibat secara bebas dalam politik dan menggesa Kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 kearah ini.

2) Pemuda UMNO memohon agar Kerajaan mengkaji semula kaedah pelaksanaan sistem saman ekor lanjutan pelbagai masalah yang telah timbul di mana ramai pemilik kenderaan tidak tahu menahu mengenai saman yang telah dikeluarkan terhadap mereka. Antara lain, pemilik kenderaan yang menganggap diri mereka tidak bersalah atas saman tersebut atau langsung tidak menerima apa-apa notis saman terpaksa membayar saman berkenaan semata-mata untuk membolehkan pembaharuan cukai jalan dan mengelakkan dari didakwa. Pemuda UMNO menganggap perkara ini adalah tidak adil bagi para pemilik kenderaan dan berharap agar Kerajaan akan mengkaji semula dan menangguhkan pelaksanaan sistem saman ekor.

Kami juga menggesa Kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak membenarkan saman tersebut dikompaun. Keputusan ini juga amat membebankan rakyat yang tidak mampu menyelesaikan jumlah saman yang begitu besar apabila memperbaharui cukai jalan kenderaan.

3) Pemuda UMNO memohon penjelasan dari Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, berkenaan arahan beliau kepada anggota perkhidmatan awam mengenai surat sokongan dari ahli politik. Arahan KSN memberi gambaran seolah-olah surat sokongan ahli politik adalah suatu tindakan menyalah gunan kuasa. Di sini Pemuda UMNO membantah persepsi sesetengah pihak yang menganggap surat sokongan sebagai tindakan salah guna kuasa oleh ahli politik kerana seringkali wakil rakyat menyokong permohonan rakyat bukan atas pertalian politik tetapi semata-mata mahu membantu rakyat. Kes-kes ini bukan hanya melibatkan kontrak atau perolehan Kerajaan tapi kebanyakkannya adalah permohonan untuk biasiswa, pemindahan tempat kerja, kebajikan dan perumahan.

Surat sokongan ahli politik juga diperlukan apabila pemohon gagal mendapat layanan yang baik dan adil dari jabatan kerajaan berkenaan. Walaupun Pemuda UMNO berpendapat majoriti kakitangan awam bersikap profesional, ada segelintir Napoleon kecil yang tidak layan pelanggan mereka, yakni rakyat biasa, dengan baik dan adil. Adalah diharapkan KSN dapat memberi penjelasan dalam hal ini.

Sumber: www.rembau.net.my

Khairy Jamaluddin: Isu "Diskaun Bumiputera", satu lagi usaha DAP menolak kepentingaan BUMIPUTERA!!!


YB Khairy Jamaluddin hari ini membantah saranan Tony Pua untuk memansuhkan diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah. YB Khairy menganggap ini satu lagi usaha menolak tepi kepentingan masyarakat Bumiputera.

Antara lain khairy mengatakan telah memberi statistik pemilikan hartanah bumiputra amat rendah kepada kaum lain.

Menurut Khairy didalam blog beliau www.rembau.net.my ... Kita sudah mendengar pelbagai reaksi dan ulasan terhadap cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua, kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk memansuhkan diskaun Bumiputera dalam pembelian rumah berharga RM500 ribu ke atas dan hartanah komersial berharga lebih RM2 juta di negeri tersebut.

Ramai pihak, termasuk PAS Selangor, membantah cadangan tersebut. YAB Perdana Menteri sendiri telah mengingatkan YB Tony Pua dan parti DAP supaya jangan "terlalu menekan orang Melayu dan Bumiputera" dengan cadangan-cadangan yang tidak sensitif dan separuh masak. Cadangan terbaru dari DAP rata-rata dilihat sebagai satu lagi usaha untuk menolak tepi kepentingan masyarakat Bumiputera. Saya percaya tanggapan itu juga telah mendorong PAS Selangor untuk membantah cadangan tersebut dan menyebabkan Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, terus membisu dalam hal ini.



Di sini perlu saya tegaskan, saya sudah berkali-kali menyuarakan keperluan untuk orang Melayu berani keluar dari kepompong zon selesa dan tidak hanya berharap pada tongkat. Saya mahu melihat masyarakat Bumiputera bersaing secara terbuka berdasarkan merit dan kekuatan sendiri. Hujah-hujah saya dari awal konsisten, yakni Kerajaan perlu membantu golongan Bumiputera yang benar-benar layak menerima bantuan sama ada dari segi keperluan atau merit.

Mungkin di sini ada yang tertanya, kalau begitu prinsip dan pegangan saya, kenapa pula saya tidak menyokong saranan Pua? Apa yang dicadangkan oleh Pua itu cuma pemansuhan diskaun untuk rumah-rumah yang boleh dikatakan rumah kos tinggi dan juga premis komersial yang agak mahal. Bukankah sudah tentunya mereka yang mampu membeli hartanah seperti ini merupakan individu dan syarikat yang sudah berjaya, maka mereka tidak lagi memerlukan diskaun tersebut?

Sekiranya dilihat dari kanta teori ekonomi semata-mata, mungkin ada yang akan bersetuju dengan rasional cadangan Pua. Kenapa perlu kita kekalkan diskaun kepada mereka yang mampu membayar jumlah yang besar untuk rumah kos tinggi? Tetapi hakikatnya, sekiranya kita melihat kepada pegangan hartanah Bumiputera di setiap peringkat, angkanya jauh ketinggalan berbanding kaum lain.

Statistik pada tahun 2007 menunjukkan peratus pemilikan bangunan oleh Bumiputera cuma 15.7 peratus. Bagi hartanah komersial pula, Bumiputera hanya memiliki sekitar 29.2 peratus untuk kompleks perniagaan dan serendah 3.5 peratus untuk premis perindustrian. Statistik ini menggambarkan suatu ketidakseimbangan yang terlalu ketara.

Sekiranya kita mengambil kira premis-premis komersial di kawasan bandar dengan harga RM 2 juta ke atas, saya percaya peratus pegangan Bumiputera begitu rendah. Antara faktor penentu kos sesuatu premis adalah lokasi, dan bukan semata-mata saiz atau keluasan. Sekiranya cadangan Pua dilaksanakan, maka amat sukar bagi usahawan-usahawan Bumiputera untuk berniaga di lokasi yang strategik lantas hanya terhad kepada pinggiran bandar semata-mata.

Satu lagi hujah Pua adalah hartanah yang dibeli dengan harga diskaun ini dijual semula oleh broker atau orang tengah dengan harga yang lebih mahal. Beliau menegaskan bahawa salah guna dasar seperti penjualan semula oleh broker menjadi salah satu sebab skim diskaun ini perlu dimansuhkan. Saya tidak langsung boleh menerima alasan ini kerana jika pelaksanaan menjadi masalah, maka wajarlah kita menangani kelemahan tersebut dan bukannya memansuhkan terus dasar diskaun Bumiputera ini.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pelaksanaan adalah memastikan bahawa status dan klasifikasi lot Bumiputera tidak diubah bagi mengelak sebarang pihak yang membeli hartanah tersebut dengan harga diskaun dan menjualnya dengan keuntungan harga pasaran secara terbuka. Perlu diingat bahawa diskaun tersebut berkait rapat dengan galakan pemilikan dan bukan suatu tiket kepada keuntungan. Satu lagi masalah berkait adalah di mana pemilik Bumiputera menjual kepada seorang pembeli Bumiputera lain dengan harga pasaran yang lebih tinggi. Isu ini boleh ditangani dengan mewajibkan satu tempoh khusus atau “moratorium” sebelum seseorang pemilik yang membeli rumah dengan harga diskaun Bumiputera dibenarkan menjual semula rumah tersebut, walaupun kepada Bumiputera lain. Ini akan mampu mengelakkan masalah di mana dasar diskaun ini disalahgunakan untuk keuntungan cepat, dan bukannya digunakan oleh mereka yang benar-benar berniat tinggal di sesuatu kediaman.

Ada juga dakwaan yang kita dengar mengenai pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab sengaja menipu dengan mengisytiharkan kuota untuk Bumiputera tidak boleh dijual dan seterusnya memohon kepada pihak berkuasa agar hartanah tersebut dijual kepada bukan Bumiputera atas harga tanpa diskaun. Semua ini merupakan isu-isu berkait dengan dasar tersebut yang tidak disentuh dan dikaji oleh Pua sewaktu memberi hujah-hujah cetek dan separuh masak beliau.

Maka saya menolak cadangan DAP berhubung pemansuhan diskaun atassebab-sebab di atas. Jika pemansuhan tersebut dilaksanakan, maka segala usaha dan galakan memperbetul ketidakseimbangan dalam pemilikan hartanah di Selangor pastinya akan gagal lantas terus melebarkan jurang ekonomi antara kaum.

Saya percaya pendirian saya ini akan mengundang kritikan - khususnya akan ada komen kononnya cadangan DAP ini tidak akan memberi kesan kepada Bumiputera berpendapatan rendah. Namun, saya berpandangan bahawa komen sebegini kurang tepat dan simplistik sepertimana hujah YB Tony Pua. Usahawan Bumiputera yang cuba membeli premis komersial berharga RM2 juta tidak boleh diklasifikasikan sebagai 'kaya', sepertimana juga mereka yang mahu membeli rumah berharga RM600,000. Barangkali dasar diskaun Bumiputera ini boleh disemak untuk kategori yang lebih tinggi, contohnya di atas nilai RM2 juta bagi pembelian rumah banglo. Malah YAB Perdana Menteri sendiri menyebut bahawa dasar ini tidak boleh diteruskan selama-lamanya. Dalam erti kata lain, dasar ini boleh diubah dan dikemaskini dalam jangka masa panjang, tetapi bukan sebelum pemilikan hartanah diseimbangkan lagi.

Saya juga amat kesal dengan saranan Pua kerana beliau langsung tidak mencadangkan sebarang dasar lain untuk memperbetul ketidakseimbangan ini, jikapun tidak bersetuju dengan diskaun 7 peratus tersebut. Ini jelas mendedahkan bahawa DAP tidak ikhlas malah tiada niat untuk membantu agenda Melayu, walaupun mereka tidak henti-henti cuba menjaja persepsi kononnya DAP adalah parti untuk seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum.

Saya berharap kelak, sebelum mereka mengeluarkan sebarang cadangan seperti ini, mereka akan dapat memberi alternatif bagaimana masalah asas iaitu ketidakseimbangan dalam pemilikan hartanah dapat ditangani. Sekiranya tidak, maka ternyatalah DAP gagal membawa aspirasi seluruh majoriti Malaysia.

Sumber: www.rembau.net.my

Sabtu, 24 Julai 2010

Statistik pendaftaran terkini 2010.. UMNO & BN dalam bahaya!!




MAKLUMAT AM:

Mendaftar pemilih baru menerusi penolong pendaftar oleh parti politik muncul kaedah paling popular manakala Pakatan Rakyat (PR) lebih agresif mengambil peluang ini dengan bilangan didaftar oleh ikatan itu sepanjang enam bulan pertama tahun ini dua kali lebih besar berbanding Barisan Nasional (BN).

Perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan, seramai 169,838 orang telah didaftarkan oleh parti-parti politik antara Januari dan Jun tahun ini.

Penolong pendaftar parti-parti politik menyumbangkan lebih separuh pendaftaran pemilih baru.

Umno aktif di Sabah manakala PKR dan DAP memperlihatkan kesungguhan di Sarawak.

PAKATAN MENDAHULUI

Bagaimanapun, DAP masih jauh di depan dengan mendahului lebih dua dozen parti politik negara ini dalam mendaftar pemilih-pemilih baru menggunakan kaedah ini sepanjang tempoh yang sama.

PR juga mendahului pendaftaran pemilih di negeri-negeri yang dikuasai mereka selain mengatasi BN di Johor - yang dianggap sebagai kubu kuatnya selama ini.

PR DAN Ketiga-tiga komponen itu lebih agresif di negeri-negeri di Semenanjung.

STATISTIK DAN ANGKA PENDAFTARAN

‘Kek’ dikuasai DAP sebagai parti individu adalah sebanyak 32.5 peratus dan diikuti dengan dekat oleh Umno yang menguasai 32.3 peratus manakala PAS pula 22.7 peratus.

PR, yang terdiri daripada tiga komponen iaitu DAP-PAS-PAS, telah mendaftarkan 107,050 pemilih baru di negeri-negeri di Semenanjung.

Perangkaan SPR itu juga menunjukkan daripada 107,050 pemilih baru yang dikumpulkan oleh PR, separuh daripadanya disumbangkan oleh penolong pendaftar lantikan DAP.

Gandingan empat komponen BN di Semenanjung menyaksikan pendaftaran pemilih seramai 59,351 orang.

Prestasi BN ditambah hampir 3,500 lagi pemilih baru dari Sabah dan Sarawak. BN mempunyai 13 komponen termasuk dari Sabah dan Sarawak.

PAS mendaftar 38,631 PENGUNDI BARU dan PKR mendaftar13,098 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu.

MCA telah mendaftarkan seramai 2,897 pemilih baru dengan diikuti MIC 1,109, Gerakan (471) dan PPP pula empat.

SENARAI PENOLONG PENDAFTAR

Setakat Mei lalu daripada 2,248 penolong pendaftar yang telah diluluskan SPR, Umno mempunyai 664 orang, MCA (182), MIC (208), Gerakan (91), PAS (427), PKR (172), DAP (245), PPP (40) dan PRM (13).

PBS pula lapan penolong pendaftar, SAPP (lapan), UPKO (10), LDP (empat), PBRS (enam), PBB (88), SUPP (44), SPDP (29), PRS (lapan) dan Snap (satu).


STRATEGI PENDAFTRAN MENGIKUT NEGERI

Dari segi pecahan negeri, sebahagian besar negeri-negeri yang dikuasai PR menyaksikan parti-parti politik ikatan itu menggunakan kemudahan penolong pendaftar untuk mendaftarkan lebih ramai pemilih baru iaitu di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah serta Perak.

Kelima-lima negeri itu dikuasai PR pada 8 Mac lalu tetapi Perak jatuh ke tangan BN awal tahun lalu.

Komponen PR mengatasi BN di kelima-lima negeri itu.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menyaksikan 10 daripada 11 kerusi Parlimennya jatuh ke tangan PR pada pilihan raya umum 2008 juga menyaksikan ikatan itu menguasai pendaftaran pemilih baru.

Pun begitu secara mengejutkan Johor menduduki tempat teratas pendaftaran pemilih baru menggunakan kaedah ini. Sekali lagi hampir 60 peratus pengundi baru yang didaftar oleh penolong pendaftar parti-parti politik datang daripada PR.

Bagaimanapun di Terengganu dengan hampir separuh pemilih baru yang didaftarkan menggunakan kaedah penolong pendaftar adalah sumbangan BN khususnya Umno.

UMNO & BN FIKIRKAN SENDIRI... HARAPAN YANG UMNO & BN ADA MENGHADAPI PRU 13 DENGAN STATISTIK INI...

Isnin, 19 Julai 2010

Penyelarasan harga bahan api dan gula..


1. Sejak mengambil alih teraju kepimpinan negara pada tahun lepas, kerajaan di
bawah pimpinan saya telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk melonjakkan
pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi.

2. Kita telah membuka sektor-sektor penting dalam ekonomi untuk pelabur asing,
menyediakan persekitaran... See More pelaburan yang lebih kondusif,
mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 24 bilion, mengurangkan pembaziran
dan menangani ketidakcekapan. Hasilnya, kita dapat melihat kebangkitan ekonomi
dengan pertumbuhan sebanyak 10.1% dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik
kita dalam dekad ini.

3. Ketika mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-10, saya telah mengatakan bahawa
matlamat negara bukanlah semata-mata untuk mengeluarkan kita dari krisis
ekonomi. Cita-cita kita untuk negara dan masyarakat adalah lebih tinggi dari
itu. Kita ingin menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan
berdaya saing untuk meningkatkan kesejahteraan kerana rakyat.



4. Model Baru Ekonomi (MBE) memperuntukkan cadangan untuk melabur dan
mengembangkan sektor strategik yang penting, mengemas kini infrastruktur dan
mewujudkan peluang pelaburan bagi sektor swasta yang bertujuan meningkatkan
Pendapatan Negara Kasar. Namun begitu, pertumbuhan sahaja tidak akan membantu
kita mencapai matlamat MBE. Kerajaan telah menyatakan bahawa kita mesti
mengkaji semula pemberian subsidi bagi mengelak herotan dalam dagangan. Ia bagi
memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang layak dan membolehkan lebih
banyak hasil negara digunakan untuk pelaburan yang akan memberikan faedah
jangka panjang bagi keseluruhan rakyat.

5. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa
pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan
Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai
sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. Penyelarasan semula harga barang
ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta
untuk tahun ini.



6. Keputusan untuk menyelaraskan harga minyak dan gula ini khususnya diasaskan
daripada tiga perkara penting:


a. Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga
kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan
tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita
sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana
bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang
berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga.
Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan
berbanding isi rumah.


b. Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti
penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling
murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap
ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang
tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus
diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah
meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya
perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.


c. Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula.
Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan
cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40
peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan
jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu
isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya,
adalah langkah yang tepat.

7. Ini adalah sebahagian dari sebab kenapa kerajaan memilih untuk menyelaraskan
semula harga gula dan bahan bakar. Sebaliknya, subsidi bagi bidang pelajaran
dan kesihatan akan terus dipertahankan. Ini adalah bidang perkara yang penting
bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk
mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.

8. Keputusan untuk menyemak semula pemberian subsidi ini dibuat bersama rakyat
melalui aktiviti yang dijalankan di bawah Program Rasionalisasi Subsidi.
Kerajaan telah mengadakan proses perundingan dengan rakyat sebelum membuat
keputusan ini. Tidak lagi hanya dengan pembuat dasar di Putrajaya, tetapi
beribu-ribu rakyat Malaysia melalui Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi,
undian on-line, undian pesanan ringkas dan borang maklum balas menyatakan
sokongan bagi menyemak semula pemberian subsidi secara berperingkat.

9. Berdasarkan proses ini, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel
akan diselaraskan sebanyak 5 sen seliter bagi semua sektor. LPG akan
diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara
terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.



10. Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan
lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga
bahan bakar dan gula di negara ini masih lagi yang paling rendah di rantau ini
walaupun adanya penyelarasan harga ini.



11. Selain itu, penyelarasan harga barang ini akan menyumbang kepada usaha kita
untuk mengukuhkan urusan kewangan kerajaan iaitu mengurangkan defisit kewangan
negara. Ia membolehkan kita menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor
yang lebih penting seperti pendidikan dan kesihatan. Ini termasuklah pengumuman
kerajaan baru-baru ini bahawa semua pelajar yang mendapat 9A+ dan pelajar
miskin yang layak mendapat biasiswa dan meningkatkan perbelanjaan untuk
menyediakan kemudahan kesihatan seperti Klinik 1Malaysia, termasuk klinik bergerak
1Malaysia. Selain itu, kerajaan akan meneruskan Projek Penyeragaman Harga
Barang Perlu di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban rakyat luar bandar.

12. Sebenarnya, penyelarasan harga bahan api dan gula ini adalah yang paling
minima berbanding dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh Makmal
Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi di antara kepentingan
rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.



Pejabat Perdana Menteri

Sabtu, 17 Julai 2010

Pemuda UMNO serah bantahan isu pasir di Selangor

SHAH ALAM: Lebih 300 penyokong Barisan Nasional (BN) dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi aman di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini, semalam kerana membantah sikap kerajaan negeri yang dilihat memejam mata dalam isu pasir di negeri itu.

Perhimpunan bermula jam 11.15 pagi di hadapan Bangunan SSAAS yang lebih dikenali sebagai Bangunan SUK itu bagaimanapun berakhir kira-kira 40 minit kemudian selepas diarahkan bersurai oleh polis.
Sebelum itu, keadaan menjadi tegang seketika selepas beberapa penyokong pakatan pembangkang yang berhimpun di dalam kawasan Bangunan SSAAS mula mengejek kumpulan yang mengadakan demonstrasi di luar bangunan berkenaan.

Tindakan itu akhirnya membawa kepada maki hamun di antara kedua-dua pihak sebelum beberapa penyokong pakatan pembangkang dilihat mula menimbulkan provokasi dengan menyimbah air dan membaling botol air ke arah kumpulan demonstrasi terbabit.

Exco Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahdan, berkata provokasi penyokong pakatan pembangkang menunjukkan mereka gentar dengan kebanjiran rakyat yang mahu mendapatkan keadilan terutama mengenai isu pasir yang dirompak daripada negeri mereka.

Kami tidak faham kenapa mereka cuba memprovokasi kumpulan demonstrasi ini kerana tujuan asal kami membuat demonstrasi hanya untuk menyerahkan memorandum masalah isu pasir di Selangor ini kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, tindakan provokasi penyokong pakatan pembangkang menyebabkan suasana menjadi tegang seketika, katanya ketika ditemui pemberita di pintu masuk Bangunan SSAAS, selepas penyerahan memorandum kepada Menteri Besar.
Memorandum itu secara bersama disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Ghazali; Ketua UMNO bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo dan Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Selangor, Abdullah Mansor kepada Setiausaha Eksekutif Menteri Besar, Azman Abidin pada jam 11.30 pagi di pintu masuk Bangunan SSAAS.

Jumaat, 16 Julai 2010

Harga petrol & diesel naik mulai hari ini



Hari ini kerajaan Malaysia telah menaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak RM0.05 bagi seluruh Malaysia.Kerajaan perlu mengurangkan subsidi ini sebagai menjimatkan perbelanjaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan dari subsidi itu juga akan digunakn untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.Selain itu Petrolium Gas Cecair (LPG)turut naik sebanyak RM0.10 sekilogram dan gula naik sebanyak RM0.25.

Ini bermakna harga baru bagi petrol RON95 dan diesel adalah:

1 liter RON95 = RM 1.85

1 liter diesel = RM 1.75

Harga pasaran bagi gula sekilogram pula adalah RM 1.75


Manakala berikut adalah harga baru Petrolium Gas Cacair(LPG):

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Menurut perdana menteri,walaupun harga bahan api dan gula dinaikan tatapi harga yang ditetapkan masih antara yang terendah jika dibandingkan dengan negara jiran dan negara-negara dirantau ini. Penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai hari ini.

by.Pemuda UMNO Bera

Jumaat, 9 Julai 2010

Pemuda Perak, Pahang Perhebat Gerakan Daftar Pengundi Baru




Jul 7th, 2010 | By administrator | Category: Berita Pilihan


IPOH 7 Julai – Pemuda dengan kerjasama Puteri UMNO negeri ini mensasarkan 3,000 pengundi baru setiap bahagian menjelang akhir tahun ini dalam usaha meningkatkan jumlah pengundi berdaftar di kalangan anak-anak muda seluruh negeri Perak.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Maslin Sham Razman berkata bagi mencapai matlamat berkenaan, pihaknya dnegan kerjasama Puteri UMNO negeri akan memperhebatkan gerakan mengesan mana-mana ahli pergerakan itu termasuk yang bukan ahli UMNO untuk didaftarkan.

Menurut beliau langkah ke arah itu perlu dipergiatkan agar golongan berkenaan menyedari bahawa mereka perlu menunaikan tanggungjawab kepada negara dalam usaha menyuburkan lagi proses demokrasi di negara ini.

“Kita akan susur perkara ini dengan lebih giat lagi dan insyaalah kita akan adakan pelbagai program dalam usaha mendekati golongan tersebut supaya mereka dapat menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya umum ke -13 kelak.

“Dan Alhamdulillah, bermula Januari hingga Jun lalu, Pemuda UMNO Perak telah berjaya mendaftarkan lebih 5,000 pengundi muda yang baru dan ini merupakan satu kejayaan kepada kita. Namun kita masih tidak berpuas hati dan tidak leka untuk meneruskan gerakan yang lebih bersepadu,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.



Sementara itu, Pengerusi Bio Keahlian Dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO Pahang, Datuk Mohd Azizan Che Omar pula berkata, Pemuda UMNO negeri itu telah berjaya mendaftarkan lebih 7,000 pengundi muda yang baru bermula Januari hingga Jun lalu.

Menurut beliau, pihaknya telah lama bergerak di akar umbi dalam usaha mengesan mana-mana golongan belia yang tidak lagi didaftarkan sebagai pemilih yang sah.

“Tumpuan kita bukan sahaja kepada ahli Pemuda UMNO tetapi secara menyeluruh. Ini penting agar bukan sahaja ahli kita sahaja yang didaftarkan tetapi turut merangkumi belia lain.

“Kalau ahli UMNO sahaja, kita tidak boleh mencapai kemenangan dengan cemerlang tanpa dibantu oleh masyarakat luar daripada parti kita. Sebab itulah kita turut mengesan mana-mana belia yang layak untuk didaftarkan kerana kadangkala mereka ini terlupa atau tidak mengambil tahu soal ini,” katanya.

Kata beliau lagi, setiap program UMNO yang diadakan di negeri berkenaan akan turut disertai oleh kaunter khas daftar ahli dan pengundi baru.

“Inilah yang kita sedang usahakan selain pelbagai program yang mengikut citarasa mereka. Ini penting agar program yang kita adakan dihadiri oleh golongan berkenaan dan bukannya program yang syok sendiri,” katanya. – MediaUMNO

159 Pemuda Bahagian Selesai Mesyuarat Buktikan Kesatuan, Satu Matlamat

Jul 8th, 2010 | By administrator | Category: Berita Pilihan


KUALA LUMPUR 8 JUN – Sebanyak 159 daripada 191 bahagian Pemuda UMNO seluruh negara telah berjaya menyelesaikan mesyuarat masing-masing tanpa sebarang masalah dan memperlihatkan kesatuan pergerakan itu untuk membantu parti mencapai kejayaan pada pilihan raya umum kelak.

Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Saiful Hazizy Zainol Abidin berkata masing-masing melontarkan pendapat dan berkongsi pandangan dengan satu matlamat iaitu mencapai kejayaan cemerlang selain merampas negeri yang ditawan pembangkang.

Menurut beliau, ruang yang diberikan kepada perwakilan untuk membahaskan usul digunakan sebaik mungkin dan mereka rata-rata cukup bersemangat untuk terus memperkuatkan pergerakan itu terutama mendekati golongan muda.

“Kita ucapkan tahniah kepada Pemuda bahagian yang telah bersidang dan kita akan meneliti segala usul yang dikemukakan untuk diambil perhatian.

“Apa yang penting sekarang adalah masa untuk melaksanakan tugas dan amanah dalam usaha merealisasikan segala pandangan yang dilontarkan untuk diterjemahkan dalam satu pelaksanaan yang mantap dan bersepadu,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Saiful turut mengingatkan baki Pemuda bahagian yang belum bersidang agar memberikan pandangan dan idea yang bernas bagi memberi nilai tambah kepada pandangan sedia ada untuk memastikan pergerakan itu khususnya UMNO terus mendapat tempat di hati rakyat.

“Inilah masanya untuk kita saling bertukar pandangan dan platform ini perlu digunakan sebaik mungkin khususnya bagi negeri yang ditawan parti pembangkang.

“Segala pandangan dan kepelbagaian strategi perlu diberi tumpuan dan insyaalah, berkat perjuangan kita bersama, UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali memerintah di empat negeri yang kini diterajui pembangkang,” katanya. – MediaUMNO

Rabu, 7 Julai 2010

TERIMA KASIH DATO' SERI




Yang berhormat Dato' Seri Dr Shahidan kassim dan rombongan beliau telah meluangkan masa untuk bersama-sama dengan penduduk daerah Bera bagi merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Bera tahun 2010 pada 03hb Julai 2010 di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera. Turut sama adalah Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob, YB Nurul Azali (Adun Guai) serta ketua-ketua dalam sayap UMNO. Beliau juga telah merasmikan halaman blog Pemuda UMNO Bera. Pergerakan Pemuda UMNO Bera yang di ketuai oleh Datuk Mohd Azizan Bin Che Omar dan ahli jawatan kuasa PPU Bera serta seluruh warga Bera mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian Dato' Seri Dr Shahidan Kassim serta rombangan meluangkan masa untuk menjekakan kaki ke Bera. Kami memohon maaf sekiranya ada kacacatan atau kekurangan sepanjang beliau berada di Bera. Di harap Dato' Seri tidak serik untuk datang lagi bertamu di Bera pada masa akan datang.. terima kasih Dato' Seri..